Friday, October 12, 2012

pernah jatuh cinta kali pertama dengan orang yang sama 2 kali?

saya sedang melaluinya!

hohoho.. saya sayang dia! saya sayang dia sangat.. saya tahu banyak yang jadi before ni, tapi sekarang ni saya betul2 sedang jatuh cinta lagi.. <3!

tak tahu macam mana, bagaimana, dan mengapa. tak ada jawapan pun if orang tanya..
saya hanya ikut kata hati.. dan dia juga kata, dia ikut kata hati..

saya tahu kami silap. saya silap, dia juga silap.
dan kami juga sedang memperbaiki kesilapan itu.. 
doakan yang kami dapat tempuhi semuanya bersama.

saya cuma nak dia tahu, saya sayang dia.
and, dalam hati saya ketika ini, 
umpama bercinta lagi.
perasaan yang baru, keadaan yang baru, 
semangat yang baru, niat yang baru,
tapiiiii..
tetap kesayangan saya yang sama..=) 

takut sebenarnya nak rasa macam ni..
takut nak biar hati lebih- lebih lagi..
sungguh saya takut..
tapi hati degil.=D

my MR RIGHT, saya sayang awak!<3




Tuesday, September 4, 2012

Dia

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Andai benar rasa hati ku ini,
Damaikanlah hatiku,
Tenangkanlah jiwaku..
Tenteramkanlah keadaanku..

Aku yakin dengan petunjukMu
kerana Kau mengetahui apa yang baik untukku

Benar dugaan ini sangat berat bagiku,
namun aku tahu Kau sayangkan kami.

Jika benar dia untukku,
Jagakan dia buatku,
Persiapkan dia untuk jadi imamku,
dan jadikanlah pertemuan kami nanti
pertemuan yang dirahmati dan diberkati oleh Mu
Semoga kebahagiaan yang tidak terbanding dan terindah yang menantiku..
Aminn..


Wednesday, August 29, 2012

Kelebihan Surah at-Taubah ayat 128 & 129



Maksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Ayat ini juga untuk pengasih

6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Tuesday, August 28, 2012

Inspired.

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Allah Maha Adil





"Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut .. ~ Ustaz Pahrol "

Sunday, August 12, 2012

La Tahzan Wahai Hati..

La Tahzan.. La Tahzan.. wahai hati yang telah bersamaku selama 22 tahun, bersabarlah.. 
Maafkan kerana kamu terluka lagi.. Maafkan kerana luka kali ini lebih dalam kesannya.. Maafkan aku..
Terasa diri ini tidak layak memiliki hati ini.. Maafkan aku walaupun aku pernah berjanji kamu tak akan terluka lagi, tapi tewas juga aku akhirnya.. Maafkan aku..

Besar sungguh dugaanMu.. Besar sungguh kepahitan yang aku rasai.. Kadangkala, tersungkur juga hatiku.. Walaupun aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu hambaNya hadapi.. Tapi benarkah sekuat ini ketabahan hatiku Ya Allah.. Benarkah seberat ini dugaan yang aku mampu tanggungi.. 

Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, damaikanlah hatiku ini Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, janganlah Kau panjangkan kesedihan ini Ya Allah.. Janganlah Kau wujudkan rasa kebencian dalam diri ini Ya Allah.. Dan jika ini sebaliknya Ya Allah, aku yakin Kau mempunyai cara terbaik buat aku nanti.. aku sedar diri ini tidak layak, namun aku tahu, Kau maha mendengar, Kau maha mengetahui, Kau maha mengasihani dan Kau maha pengasih..

wahai KETABAHAN, datanglah kedalam hatiku,
wahai KEKUATAN, temanilah aku,
wahai KESABARAN, hiduplah di dalam diriku..
Sesungguhnya, kehadiran kalian amat aku perlukan..

Semoga Syawal yang bakal tiba membawa rahmat yang tidak terbanding.. Aminnn..

Monday, April 30, 2012

PUTUS ASA..
ya.. sangat putus asa.. kenapa rase ni dtg sedangkan beberapa hari je lagi untuk 3 tahun.. mcm dah xtahu nak cakap ape.. marah ape.. sedih ape.. entahlah.. maybe just 1 word. PUTUS ASA.