Monday, April 30, 2012

PUTUS ASA..
ya.. sangat putus asa.. kenapa rase ni dtg sedangkan beberapa hari je lagi untuk 3 tahun.. mcm dah xtahu nak cakap ape.. marah ape.. sedih ape.. entahlah.. maybe just 1 word. PUTUS ASA.

Sunday, October 16, 2011

Speech English yang SuperrBBBbb!!

Salam.. dah lama x masuk class English.. haha..poyos.. since diploma dulu dapat transfer credit and being exempted untuk class English, dah berkurun la x masuk class.. haha.. paduhalll time sem 3 ade je masuk class kan... parya betul.. 
Last week, me the one yang buat impromtu speech, besides Jannah and Lim.. and my topic was FRIEND!  haha.. seronok.. poyo gile bagi Do's and Dont's among friends..Starting je dapat support yang sangat best dari classmates.. haha.. masing- masing ada agenda yang tersendiri sebenarnya.. and as for me, memang sengaja choose that topic and point it to THAT PERSON.. oh, how i hope u r reading this post and really pay atttention to my speech last week.. speech pun bermula.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla... merapu meraban la merepek sorang- sorang kat depan tu.. then, comes the climax! haha.. supposed to be climax, tp dah macam conclusion sebab bila dah habis point tu, rasa lega sangat dalam hati.. haha. macam akan dapat full mark je untuk speech sebab point yang itu.. nak tahu ape?? ehem3.. "DON'T EVER BACKSTABING UR FRIENDS" Love it so much.. and the best part is, bercakap sambil tengok tepat kat that person!haha.. point yang lain xde la kemain punchline nye.. tapi point yang ini, kalau boleh setiap ayat nak jadikan punchline, boleh? haha.. and, today, one of my friend told me that they like my speech last week, but unfortunately, the person i pointed to was not in the class.. some sort like wrong timing laa.. but, for me, that's the most absolutely right time, and no other time as right as that time to tell that person!haha.. and i am soo happy about it.. hoping my lecturer will give me full mark for that. So, to THAT PERSON, please behave and be a GOOD FRIEND.. TQ!

Wednesday, October 5, 2011

andainya dia tahu..

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


tak pernah menyesal menjadi seorang wanita..=)

Friday, September 23, 2011

facebook kakak2..

hehe.. hoi hoi hoi.. bosan nya la sekarang ni.. tulaa... time kat kl, kemain nak ke skudai cos nak rasa campus life lah kononnya.. dah sampai sini, hamekkkk!! lebih dari campus life lagi dah ni.. dah macam duduk di desa tercinta.. sejuk gilaaaaaa... even tengah hari buta pun saya berselubung dalam selimut yang tebal.. boleh?? malam2 if x dengar bunyi cengkerik tu memang tak sah la.. gila rindu kampung! haishhh.. rindu pulak suasana kl yang busy memanjang tu.. kadang- kadang bila kat kl, nak rasa sunyi.. dah dapat rasa sunyi, nak suasana bising pulak.. manusia kan.. huhu..

back to the story!
semenjak dua menjak tiga menjak ni, bila dah bosan, keje saya ialah menstalk facebook kakak2 dan adik2 saya.. haha.. kalau dorang tahu, mesti kene bahan! haha.. kelaka rasanya.. if tengok facebook kakak2, sume profile pic dorang mesti kawen, anak.. yang along, of cos lah gambo anak- anak je memanjang.. sume baby2.. waaaa... comel2.. yang kak ija pulak, gamba kawen, tunang.. if bukak page die, gambo frens kompem ade gamba kawen.. waa.. seronok pulak.. zaman2 umur 24-26 camtu kan.. sekarang baru 21, sooo.. lg lebih kurang 3-4 tahun lagi, page facebook saya pulak yang akan penuh gamba2 kawen kawan2 saya.. haha.. setakat sekarang ni, baru sorang la membe kat u ni yang dah kawen.. tapi... haha.. tetttttt...

pasal adik pompuan saya tu pulak, wall die mesti pasal classmate dorang jelaaa.. biasela.. budak baru masuk u.. haha..haaaa.. yang si kpop tu pulak,  paling kelaka.. wall dia penuh ngan awek2 yang cakap, "DP u cantik..:)".. "thankz add".. " gud luck pmr".. hahaha! tu budak2 baru nak up.. budak2 yang kengkonon mengadd sebab nak tambah membe, paduhall.. haha.. sebenonye nak berlawan ngan membe , sape nye friends lagi ramai, or dorg biar je friends request tu reramai, then, dah agak2 nak 100++ tu, kemain print screen n post la gambo tu.. nampak tak ke show off an dorang tu.. haish2..

haha.. kemain cakap facebook orang lain.. facebook saya? keh3.. sila lah tengok sendiri..=)

Thursday, September 22, 2011

new life, new chapter..

sorry since dah lama tak dapat nak update blog saya ni. usang sungguh rasanya. since sekarang ni saya berada di skudai, memulakan chapter baru dalam sejarah pendidikan saya. yup. macam xpercaya diploma dah habis, and sekarang baru nak mula untuk degree pula. even agak lambat la nak dibandingkan dengan those yang amik matrikulasi tu.. actually, agakla menyesal sebab x terima matrik dulu. if not, maybe skrg ni dah nak habis degree dah pun.. tapi takpelah.. saya percaya pada rezeki dan takdir Allah.. mungkin jika saya ke matrik, rezeki saya tak akan macam sekarang, saya pun tak akan jadi macam sekarang, saya tak akan dapat kenal buah hati saya sekarang, saya tak akan jumpa kawan2 saya sekarang, rite?syukur Alhamdulillah..  semoga apa yang saya telaah selama 3 tahun diploma dulu akan saya ingat dan jadi bekalan untuk degree ni.. actually, banyak jugak subjek yang kami dah belajar kat diploma dulu.. terasa la untungnya bila jadi student direct entry dari UTMKL.. 

Dari segi kawan2 pulak, makin happy.. hehe.. since kami yang dari UTMKL pun agak ramai.. plus dengan mereka2 yang dari poli yang berlainan.. mereka sangat best! and, yang kami bdak2 UTMKL terkejutnya, student poli sangat rajin nak dibandingkan kami ni yang balik bilik, confirm, main game, tengok citer, makan, then, tidooooooo.. haha..bila ditanya, mereka cakap study balik sebab x paham.. wahhh.. rajin gilee... kitorang ni, paham ke x paham, still tak pernah nak tengok buku tu balik n study.. betul2 start study bila dah nak test je.. hehe..

Dari segi bersama sayang saya pula, hmm.. syukur kami still dapat sambung belajar.. dan best sangat sebab dapat U yang sama lagi! berbaloi doa saya.. even kolej kami jauh sangat.. jauh.. terasa macam belajar kat u lain- lain..huhu.. Rindu tu selalu.. tapi syukur dia masih ingat kat saya.. selalu mesej saya, call saya, still ambil berat pasal saya.. saya harapkan dia x lupa pada saya n still jadi yang sama macam mana saya kenal dia awal dulu..insyaAllah, panjang umur, panjang jodoh, kita tetap akan sama2 kan sayang? 3 tahun lagi untuk degree ni, and if ada rezeki saya nak sambung PhD.. lepas tu, saya akan selalu ada dengan kamu!=).. Ingat janji saya.. saya manusia biasa, banyak khilafnya.. kadang2 lupa pada janji.. tapi saya akan sedaya upaya berusaha memegang janji yang saya buat..aminn... semoga kebahagiaan sentiasa jadi milik kami.. amin..

Tuesday, August 23, 2011

shahir?

salam. tadi tengah2 nak download borang ptptn, dengan rajinnya saya tengok balik gambar2 sendiri kat fb tuh. haha. bukak la satu2 sebab nak baca balik coment yang x seberapa tu. then jumpe lak coment ni.



semuanya kerana gambar ini.

same ke? jom kite compare kan yee..


sama kee? sikit la kan yang? mama dia pernah kate muka macam fahrin ahmad la. jericho rosales la. wah3. meletop laki i taw! hehe. xkisah la muka nak sama ngan sape2 pun, yang penting saya jatuh hati padanya (ceehhh) kerana hati budinya. bukan kerana rupa yang xkekal selamanya. ye dakk? btw, ada sorang lagi yang bagi saya lagila sama dengan muka dia. ( haha, saya pun dah terjebak nak samakan muka dia dengan pelakon)
KEVIN ANDREAN
sama tak? haha.

jangan marah ye sayang. bulan puasa kena banyak sabar. hehe. love u much2!


Sunday, August 21, 2011

tanda dia jodoh kita..

xpernah- pernah rasa nak post cenggini. nape ntah. layannnn je laaaa...

1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Doa Pendekat Jodoh 10 Tanda Si Dia Jodoh Anda
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh kita?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”