Tuesday, June 21, 2011

korang pernah tak...

Attention Girls...
Hehe..  nak share something.. korang pernah tak masa date wif ur boyfie, then, sudden ur boyfie's schoolmate jumpa korang.. haa... teringat masa awal- awal kami kapel.. time tu dating kat pavilion.. tengah jalan- jalan tu, mr yayang dapat mesej dari someone.. lupa sudah macammana ayatnye, tapi secara rumusannye, mesej dari someone tu gini..

Fatah! aku nampak kau dengan awek.. x sesuai la korang.. ko sesuai dengan aku je..

haa..dah sah- sah tahu someone tu pompuan ye takk?? haish ini perempuan.. tapikan, dat time kami masih baru lagi.. so, saya nak marah pun malu-malu lagi .. hehe..so, saya pun diam jela.. tapikan, mr yayang terus cakap kat saya, dia pilih saya, dan bagi dia, saya lebih cantik daripada sesiapa pun.. pompuan tu jeles je sebab x dapat mr yayang saya..=).. terus senyum wooo.. hehe.. tankiu sayang..

TO U, GIRL!

 
Back Off Gurl!
Sian kau kan? tapikan, ayat kau if bagi kat pompuan yang kaki gaduh, memang bengkak sudah muka tu.. hehe..what if gurl len cakap gitu kat kau and your boyfie ekk?? agak- agak panas x? lu pikirla sendiri.. sempoiiiii............... ehhh2.. dari NABIL masuk AC pulak... adehh..


haha.. macam comel pulak gamba ni.. tapi jangan risau saya xkan jadi camni..sebab.. dia saya yang punya! 

Tuesday, June 14, 2011

mereka ke saya?oHhh toNgyaW crEw..

tiba- tiba saya teringat pada kawan2 sekolah teknik.. ops.. untuk menspecifickan lagi, tOngyaW creW saya.. ye.. mereka yang pernah dekat dengan saya.. mereka yang sentiasa bersama saya waktu sekolah teknik dulu.. mereka yang sentiasa bersama saya waktu ke tuisyen dulu.. terima kasih kawan.. jasa korang akan aku kenang sampai bila- bila.. kami rapat sangat.. keluar bersama.. balik sekolah bersama dan ke tuisyen pun bersama.. tapi entah kenapa, sejak habis sekolah, masing- masing lain.. ops.. lebih tepatnya, saya rasa jauh dari mereka.. this situation maybe since kami ambil result SPM bersama.. plus, after result ke U dah keluar.. saya x bangga diri or saja menunjuk-nunjuk..  tapi, dorang seolah- olah menjauh dari saya.. kadang2 terasa jugak.. salah ke apa yang ditakdirkan untuk saya ni.. x layak ke saya nak berkawan dengan dorang.. ye, saya terasa sangat waktu dorang perli- perli pasal saya sorang dapat ke U.. terasa sangat.. sampai tahap, saya rasa nak tolak tawaran ke U dan terima politeknik.. then, masing- masing busy dengan life masing- masing.. but then, sem ke 2, saya dituduh menfitnah salah sorang dari dorang.. what??!! hancur hati saya tahu? tiba- tiba saya diignore begitu sahaja? saya call, msg tapi langsung xlayan.. pada encik sayang saya je saya luahkan rasa..  tak lama lepas tu, dorang ajak keluar.. saya keluar dan jumpa orang tu.. maaf.. saya x mungkin dapat maafkan semudah tu.. kawan apa yang sanggup cakap kawan dia fitnah tanpa usul periksa.. ye, saya sangat kecewa dengan dia.. apatah lagi, x ada satu perkataan maaf dari mulut dia dan dia act macam xada apa- apa yang berlaku.. mungkin saya diam, tak berkata apa, tapi x bermakna saya lupa..saya sentiasa ingat.. dan untuk info korang, banyak sebab kenapa aku jauh dari korang..dan sebabnya ada pada korang sendiri.. mungkin aku salah, mungkin korang salah.. entahla.. dah lama kita sibuk dengan study masing- masing, but then, kat fb nama aku ditag oleh orang itu, mula- mula baca, terus nampak coment orang tu pada sorang lagi daripada kami. " aku sebenarnye malas nak tag ** dan ra..".. apa ni kawan? sedap sungguh bahasa.. entahlah.. makin hilang hormat aku pada kau.. makin hilang rasa kawan tu pada kau.. pergilah berkawan korang2 je.. aku x ada, xada effectnya kat korang.. entahla.. yang pastinya, aku terasa dengan kau! dan aku harap kau baca blog aku ni.. sebab kat sini je aku leh luahkan.. malas nak bergaduh lagi.. tq..

p/s : dan , maaflah, aku bukan user fb yang selalu 24 jam nak on.. banyak lagi kerja kat umah yang lagi penting untuk aku buat daripada on9 memanjang dan membalas segala mak datuk coment korang ye.. dan pasni, tinggal jadi. BONARO je la ekk??

sila tersenyum ye..=)

baca ni kat fb.. tajuk die, sila baca, anda pasti kembali senyum.. yup3!! memang saya senyum pas baca ni.. nak senyum jugak?? meh2..

•Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan

Lega kan hati? senyum kan? kan? kan? hehe.. hope my love pun baca entry ni dan tersenyum ingat kat saya.. ( haha.. perasan la zura!)

Thursday, June 9, 2011

kamu..

Adakalanya aku rasa, adakah kamu ini soulmate aku?
Berjumpa berpisah berjumpa.
Berkasih bercinta berpisah berkasih kembali.
Aku harap kita akan macam ini sampai bila-bila pun.

Aku sudah letih untuk bercinta lagi.
Sebab aku telah temui permata hati.
Yang bisa membuatkan aku tersenyum sampai tua nanti.

Mahu tua dengan kamu.
Mahu punyai anak kamu yang mempunyai ibu mereka iaitu aku.
Mahu punya anak yang mempunyai nama kamu sebagai nama ayah mereka.
Aku belum puas dengan kamu.

Untuk tempuhi hidup ini.
Hari demi hari.
Masa berganti masa.
Bersama-sama kamu.

Dan,
Sampai mati aku mahu ucapkan yang aku cinta dan sayangkan kamu.
                                                                   * mR ciNta saYa *

terima kasih sayang..=)

currently, mood saya x berapa baik.. yelah.. perempuan... hehe.. tapi datang pulak habit baru.. habis rumah dikemaskannya.. yang x patot dikeluarkan pun habis dibawa keluar.. dan hasilnya.. jeng3.. mestilah kena marah.. hm.. xfaham sebenarnya kenapa nak kena marah.. saya dah kemas baikkkkk punyeeee...(ikot dafi).. at last kena marah jugak.. hm... sedih.. but then, apa lagi.. mestilah ngadu kat mr yayang..tapi..x ada kredit..haaaa... phone rumah la yang jadi mangsa.. call3.. ngadu3.. then, dia pujuk.. =).. suke3!! saya memang gedik and suka if sayang saya pujuk.. susah nak dapat, tawu! limited edition!  huhu.. then, dah puas ngadu tu, pergi la ke katil.. merehatkan diri yang penat menangis.. tengah- tengah baring tu, dapat mesej yang suwittt sangat.. dari siapa? mestilah dari si dia tercinta.. hilang sedih saya.. terus tersenyum sampai ke telinga..=))))))))))

terima kasih sayang.. terima kasih sebab selalu ada dengan orang.. kita memang jauh.. orang kat kl,sayang nun jauh di kelantan, tapi hati kita selalu dekat, kan.. panjang umur dan ada jodoh nanti, kita akan jumpa lagi, kan..
orang pegang janji sayang sebelum kita jauh hari tu, dan orang harap sayang pun pegang janji orang ye..

p/s : selalu dengar lagu aishiteru dan tengok cinta melody, bukan sebab suka lagi dah cerita tu, tapi sebab selalu tengok cerita tu dengan sayang dulu.. rindu kat elang saya!=)

Wednesday, June 8, 2011

adik.. makyang tinggal sorang..=(

sedihnya saya hari ni.. hm.. since last 2 weeks, saya diamanahkan menjaga sikecil yang sangat comel dan menggeramkan.. dania eriesya.. even, dia sangatlah lasak dan kadang2 membuatkan saya bengang tahap nak cium dia banyak2, tapi bila dia x ada kat rumah ni, rindu pulak.. sekarang dia dijaga balik oleh pengasuh dia.. ohh echa.. makyang rindu echa..bangun2 pagi tengok sebelah nampak bantal makngah je.. echa xada.. nanti makyang nak masak, dah x ada dah lauk sup kentang, sup ayam.. nanti makyang terbayang echa jalan2, lari2 ngan miow echa tu cemana.. adehh.. even pasni echa akan datang lagi, tapi right now, at this moment, makyang rindu echa.. hmm.. maafkan makyang sayang... makyang nak sangat jaga adik.. adik baik2 kat rumah ibu tawu.. macammana adik baik dengan makyang taw.. nanti makyang suruh mummy peluk cium adik untuk makyang..lepas ni uncle fatah la yang kena layan makyang bila makyang boring kan adik?? hope uncle fatah x bosan nak layan makyang yang banyak songeh ni..=P

Tuesday, June 7, 2011

Cinta Is Love Is Sayang..=)

A real relationship,
Has fights.
Has trust.
Has faith.
Has tears.
...Has hurt.
Has sweet smiles.
Has genuine laughter.
Has snorts because of the laughter.
Has weird, stupid, unnecessary arguments.
Has patience.
Has communication.
Has secrets.
Has jealousy.
and ofcourse
HAS ME AND HIM..

gambar waktu awal perkenalan..cehhh..=)

Sunday, June 5, 2011

..kami dah berpisah..

ohh... sadisnya entry saya.. hm.. actually hari ni my sayang kembali ke kelantan setelah selama lebih kurang 9 bulan dia berada di perantauan.. im happy because his family especially auntie and aizat for sure miss him right.. but im sad too because thats mean we both will be separated for a long long time... huuu.. sejak kami bersama, paling lama saya dan dia berjauhan hanyalah selama sebulan sahaja... but now, kami akan berjauhan selama 3 bulan... julai, ogos, september.. itupun if jodoh kami kuat dan kami berjaya menyambung degree di tempat yang sama nanti.. doakan kami yee..
ye.. mulanya memang saya sedih.. yelah, dah biasa dekat, bersama.. tetiba jauh lama pulak.. semua pasangan yang kapel for sure rasa apa yang saya rasa, kan? tapi, tak apalah.. orang kata, makin rindu, makin sayang.. ye takk?? hehe.. semoga si dia selamat sampai di sana.. saya tengah risau ni.. sebab dia masih dalam perjalanan balik.. banyak cabaran dan rintangan dia nak balik ke sana tahu.. sebenarnya, nak balik semalam, dah sampai hentian bas putra tu pun dengan papanya yang kerja kat kl ni.. tunggu punya tunggu, bas rosak dan tengah repair pulak.. and almost 2 to 3 hours mereka tunggu... haishh... hape la.. i experienced the same situation when going to my friends wedding in johor.. waiting for the bus for almost an hour.. yang buat kami panasnya(masa tu saya dan sayang saya), kami berkejar2 jugakla ke hentian tu and sampai2 kami yang baru first time ke hentian tu, bertanya la kat makhluk ni dengan penuh budi bahasa, tapi balasannya, kami dimarahi.. hape lagi, kami berdua yang memang tengah panas dengan cuaca yang sekarang ni x menentu, memulangkan kembali segala kemarahan kami.. haha.. haa.. tu la... bagi kami sebijik, kami bagi anda 2 bijik! rasakan!!! haha..
back to the story, disebabkan tunggu bas yang lama, uncle pun decide la tukar bas ke esok hari( means today).. and today, bas memang ada, tapi syarikat yang lain la.. taubat dah xmahu syarikat yang sama.. even lambat sikit, tapi bergolek la jugak tayar tu.. huuu,,, berpisah sudah kami... dalam 3 jam perjalanan tu, dapat mesej dari dia," yang, bas ni rosak la.. tayar pecah.. driver2 semua tengah check2.. kat tempat orang.." what??!! mana x risau saya jadinya! tapi syukurlah, mereka cepat bertindak dan settlekan problem mereka.. bukan apa, kesian kat sapa- sapa yang memang nak cepat sebab ada hal penting, kesian kat pakcik- makcik yang dah tak larat sangat, dan kesian kat budak2 kecik and baby2 yang ada.. panas kan.. xselesa lagi.. doa saya semoga semua selamat hendaknya.. dan sayang saya selamat bertemu keluarganya yang tercinta..=)

dan, harapan saya, kepada syarikat- syarikat bas yang menuju arah mana2 sekalipun, buatlah kerja dengan baik.. kami sebagai pelanggan, membayar.. dan kami memberikan sepenuh kepercayaan kami kepada anda supaya selamat ke destinasi kami.. selesaikanla apa- apa yang patut.. kami rasa selamat dan selesa, syarikat anda untung dan anda sendiri mendapat pahala kerana membawa banyak nyawa ke destinasi yang dituju dengan selamatnya..yelah, membawa anaknya bertemu orang tua yang sudah lama tidak bertemu, kan dapat pahala tu..
renung- renungkan, dan selamat beramal..=)

p/s : selamat pulang sayang, semoga kita jumpa lagi.. will miss u alott..