Tuesday, August 23, 2011

shahir?

salam. tadi tengah2 nak download borang ptptn, dengan rajinnya saya tengok balik gambar2 sendiri kat fb tuh. haha. bukak la satu2 sebab nak baca balik coment yang x seberapa tu. then jumpe lak coment ni.



semuanya kerana gambar ini.

same ke? jom kite compare kan yee..


sama kee? sikit la kan yang? mama dia pernah kate muka macam fahrin ahmad la. jericho rosales la. wah3. meletop laki i taw! hehe. xkisah la muka nak sama ngan sape2 pun, yang penting saya jatuh hati padanya (ceehhh) kerana hati budinya. bukan kerana rupa yang xkekal selamanya. ye dakk? btw, ada sorang lagi yang bagi saya lagila sama dengan muka dia. ( haha, saya pun dah terjebak nak samakan muka dia dengan pelakon)
KEVIN ANDREAN
sama tak? haha.

jangan marah ye sayang. bulan puasa kena banyak sabar. hehe. love u much2!


Sunday, August 21, 2011

tanda dia jodoh kita..

xpernah- pernah rasa nak post cenggini. nape ntah. layannnn je laaaa...

1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Doa Pendekat Jodoh 10 Tanda Si Dia Jodoh Anda
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh kita?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”


Friday, August 19, 2011

muhasabah diri..

Menangislah bila kita patut menangis,.... 
Kita manusia, pasti akan terluka.
Tapi sbg manusia, Kita mampu mengambil hikmah atas kelukaan itu...

Kadangkala menangis tidak menandakan kelemahan, 
Menangis...... menandakan kita sudah penat bertahan..

Wednesday, August 17, 2011

sape kata sayang saya tak sweettt..


tett.. anda salah.. haha.. padahal diri sendiri yang merasakan demikian.. maaf yoyang.. Nak tahu? Dia baca lah blog saya ni! gile lah.. wahhh.. ya, bagi sumeone yang biase mengupdate blognye setiap hari, maybe not a big deal if their loved one akan baca blog mereka and tahu latest entry.. but for me, yang update sesuka hati, nak update ke, xnk update ke, rajin ke,  malas ke, it's an honour bile saya tanya dia, ape entry latest blog saya, dan dia tahu! wah.. terkesima seketika.. seriously, saya x sangka.. ya.. ada la berkata dalam hati, if dia baca, baca lah.. if dia x baca, xpelah.. saya faham dia.. dan x mengharap pun.. tapi.. saya kan perempuan! bila perempuan cakap dia x mengharap, maknanye.. dia mengharap sangat2! ye tak! haha..

Saja wat entry ni untuk cakap terima kasih kat dia. sayang wat org rasa melayang- layang.. haha.. ayat drama petang2 lak.. thanks m,y love.. u are so sweet in your way.. and i just love it! Love u lah banyak2!

Tuesday, August 16, 2011

hoping that u know.. i miss u...

found this..

"You may not be his first, his last, or his only. He loved before he may love again. But if he loves you now, what else matters? He's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if he can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He may not be thinking about you every second of the day, but he will give you a part of him that he knows you can break - his heart. So don't hurt him, don't change him, don't analyze and don't expect more than he can give. Smile when he makes you happy, let him know when he makes you mad, and miss him when he's not there." - bob marley

                                                                                                                 i love u abdul fatah..

Tuesday, August 9, 2011

Amin..

ya Allah, jika benar dia jodoh ku..
Kau satukanlah kami..
jika benar dia milikku, Kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
jika benar dia yang terbaik buatku..
Kau peliharalah perasaan cinta antara kami..
agar kami saling mengasihi..
agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah.. Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima...
Jangan Ya Allah.. jangan Kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami...
Engkau berhak ya Allah..
untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Rahman Ya Rahim
aku redha sekiranya dia bukan takdirku
tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami..
Kuatkanlah hati kami untuk menghadapi segala dugaan dariMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Amin..