Tuesday, August 9, 2011

Amin..

ya Allah, jika benar dia jodoh ku..
Kau satukanlah kami..
jika benar dia milikku, Kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
jika benar dia yang terbaik buatku..
Kau peliharalah perasaan cinta antara kami..
agar kami saling mengasihi..
agar kami saling menghormati..

jangan ya Allah.. Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima...
Jangan Ya Allah.. jangan Kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami...
Engkau berhak ya Allah..
untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Rahman Ya Rahim
aku redha sekiranya dia bukan takdirku
tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami..
Kuatkanlah hati kami untuk menghadapi segala dugaan dariMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Amin..

No comments:

Post a Comment