Sunday, August 12, 2012

La Tahzan Wahai Hati..

La Tahzan.. La Tahzan.. wahai hati yang telah bersamaku selama 22 tahun, bersabarlah.. 
Maafkan kerana kamu terluka lagi.. Maafkan kerana luka kali ini lebih dalam kesannya.. Maafkan aku..
Terasa diri ini tidak layak memiliki hati ini.. Maafkan aku walaupun aku pernah berjanji kamu tak akan terluka lagi, tapi tewas juga aku akhirnya.. Maafkan aku..

Besar sungguh dugaanMu.. Besar sungguh kepahitan yang aku rasai.. Kadangkala, tersungkur juga hatiku.. Walaupun aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tidak mampu hambaNya hadapi.. Tapi benarkah sekuat ini ketabahan hatiku Ya Allah.. Benarkah seberat ini dugaan yang aku mampu tanggungi.. 

Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, damaikanlah hatiku ini Ya Allah.. Jika benar ini yang terbaik untukku, janganlah Kau panjangkan kesedihan ini Ya Allah.. Janganlah Kau wujudkan rasa kebencian dalam diri ini Ya Allah.. Dan jika ini sebaliknya Ya Allah, aku yakin Kau mempunyai cara terbaik buat aku nanti.. aku sedar diri ini tidak layak, namun aku tahu, Kau maha mendengar, Kau maha mengetahui, Kau maha mengasihani dan Kau maha pengasih..

wahai KETABAHAN, datanglah kedalam hatiku,
wahai KEKUATAN, temanilah aku,
wahai KESABARAN, hiduplah di dalam diriku..
Sesungguhnya, kehadiran kalian amat aku perlukan..

Semoga Syawal yang bakal tiba membawa rahmat yang tidak terbanding.. Aminnn..

No comments:

Post a Comment