xpernah- pernah rasa nak post cenggini. nape ntah. layannnn je laaaa...
1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah..
Adakah dia jodoh kita?
“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”
Sunday, August 21, 2011
Friday, August 19, 2011
muhasabah diri..
Menangislah bila kita patut menangis,....
Kita manusia, pasti akan terluka.
Tapi sbg manusia, Kita mampu mengambil hikmah atas kelukaan itu...
Kadangkala menangis tidak menandakan kelemahan,
Menangis...... menandakan kita sudah penat bertahan..
Wednesday, August 17, 2011
sape kata sayang saya tak sweettt..
tett.. anda salah.. haha.. padahal diri sendiri yang merasakan demikian.. maaf yoyang.. Nak tahu? Dia baca lah blog saya ni! gile lah.. wahhh.. ya, bagi sumeone yang biase mengupdate blognye setiap hari, maybe not a big deal if their loved one akan baca blog mereka and tahu latest entry.. but for me, yang update sesuka hati, nak update ke, xnk update ke, rajin ke, malas ke, it's an honour bile saya tanya dia, ape entry latest blog saya, dan dia tahu! wah.. terkesima seketika.. seriously, saya x sangka.. ya.. ada la berkata dalam hati, if dia baca, baca lah.. if dia x baca, xpelah.. saya faham dia.. dan x mengharap pun.. tapi.. saya kan perempuan! bila perempuan cakap dia x mengharap, maknanye.. dia mengharap sangat2! ye tak! haha..
Saja wat entry ni untuk cakap terima kasih kat dia. sayang wat org rasa melayang- layang.. haha.. ayat drama petang2 lak.. thanks m,y love.. u are so sweet in your way.. and i just love it! Love u lah banyak2!
Tuesday, August 16, 2011
hoping that u know.. i miss u...
found this..
"You may not be his first, his last, or his only. He loved before he may love again. But if he loves you now, what else matters? He's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if he can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He may not be thinking about you every second of the day, but he will give you a part of him that he knows you can break - his heart. So don't hurt him, don't change him, don't analyze and don't expect more than he can give. Smile when he makes you happy, let him know when he makes you mad, and miss him when he's not there." - bob marley
i love u abdul fatah..
"You may not be his first, his last, or his only. He loved before he may love again. But if he loves you now, what else matters? He's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if he can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He may not be thinking about you every second of the day, but he will give you a part of him that he knows you can break - his heart. So don't hurt him, don't change him, don't analyze and don't expect more than he can give. Smile when he makes you happy, let him know when he makes you mad, and miss him when he's not there." - bob marley
i love u abdul fatah..
Tuesday, August 9, 2011
Amin..
ya Allah, jika benar dia jodoh ku..
Kau satukanlah kami..
jika benar dia milikku, Kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
jika benar dia yang terbaik buatku..
Kau peliharalah perasaan cinta antara kami..
agar kami saling mengasihi..
agar kami saling menghormati..
jangan ya Allah.. Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima...
Jangan Ya Allah.. jangan Kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami...
Engkau berhak ya Allah..
untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Rahman Ya Rahim
aku redha sekiranya dia bukan takdirku
tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami..
Kuatkanlah hati kami untuk menghadapi segala dugaan dariMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Amin..
Kau satukanlah kami..
jika benar dia milikku, Kau dekatkanlah hati-hati kami dengan kasih sayang yang mendalam..
jika benar dia yang terbaik buatku..
Kau peliharalah perasaan cinta antara kami..
agar kami saling mengasihi..
agar kami saling menghormati..
jangan ya Allah.. Kau uji hati-hati kami dengan ujian yang tidak mampu kami terima...
Jangan Ya Allah.. jangan Kau jauhkan hati-hati kami dengan perasaan benci dan saling berdendam.. Engkaulah yang Maha Berkuasa memegang hati-hati kami...
Engkau berhak ya Allah..
untuk menjauhkan hati-hati kami kerana Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat kami...
Tuhanku,Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Rahman Ya Rahim
aku redha sekiranya dia bukan takdirku
tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami..
Kuatkanlah hati kami untuk menghadapi segala dugaan dariMu
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Amin..
Wednesday, July 27, 2011
MasterchEf Australia! Super duper great!
hello there. macam dah lambat kan nak cerita pasal masterchef ni. hehe. ahh, pedulik hape! kih3. btw, memandangkan sekarang sedang tanam anggur di rumah, maka kaca tv, cehhh.. mula menjadi kawan rapat saya. dialah yang memahami saya. yang menghiburkan saya. dari pagi saya bangun, (pagi la sgt kan.. hehe) sampai la ke petang. banyak jugak cerita yang saya tengok. tapi one of the best is masterchef australia 2 of course. actually, saya x tengok dari awal. i started to watch them pun kat rumah my sis. thanks to her for introducing me to this amazing rancangan tv! first time tengok pun saya dah terpaut! sampaikan, kat rumah sebenarnya tak langgan channel tu taw. balik je dari rumah sis, terus suruh mak call astro, cancel the cartoon's channel since there's no more child in our house (ignore the gemok echa coz she will only watch her UPIN IPIN instead of other cartoon) and, there you go! that day onwards i can watch masterchef! hurrayy!! entahla kenapa, memang sangat suka dengan rancangan masak memasak nih. obsessssss!! haha. even xboleh nak follow the recipe since they are using non-halal things. but i enjoy the way the contestants compete each other. sad things, masterchef australia 2 ni has coming to their end. its the final weeks now. owhhh.. sad.. and more sad is, my favourite contestant, MARION and JONATHAN has been eliminated! ohhh.. Both is the best chef among them. but, well what to do. it is a competition right. well, now the chances has being open to another 7 contestants. for me, i would like to choose ADAM as the winner. as Marion and Jono being out, Adam is the most strong chef left compared to Alvin, Callum, Aaron, Courtney, Jimmy and Claire. but claire will be Adam's most strong competitors. its just my opinion. Actually, Season 2 ni dah habis kat sane. and season 3 pun dah ada dah. tapi biasalah, baru siar kat asia. and gud news for malaysian! Masterchef Malaysia pun dah ada! yeah.. and rancangan tu akan disiarkan di astro RIA soon. Can't wait! haha.. macam promote je.
Tuesday, July 26, 2011
Gud Luck my Dear..
So long since i update this blog. sorry for that. since ive been lil bit busy updating my sis blogshop. oh ya..refer back to my entry. actually, my love have been called to attend an interview by YTL Corp. for scholarship. Fyi, he actually just came back from here( means KL..specifically my home!=)..) last saturday. Unluckily, the presenter for YTL Corp just call him yesterday and ask to attend an interview HERE this thursday! oh.. pity him. he had such a long way from Kelantan to KL and back from KL to Kelantan and now, he have to again experience that long long way! Hopefully the results that will be obtained later will pay for his pains. Since im a very very good and adorable girlfriend, haha.. i will try to help him even a lil bit. oh, so kind of me. haha.
Now my love, here are some info about the company.
Now my love, here are some info about the company.
YTL Corporation
YTL Communications is a subsidiary and the communications utility of YTL Power International, a utility group active across key segments of the utility industry worldwide.
Headquartered in Malaysia, YTL Power International operates in Malaysia, the United Kingdom, Singapore, Australia and Indonesia. Its core businesses include: power generation, retail and transmission, and water supply and wastewater services.
YTL Power International is a subsidiary of YTL Corporation, a leading integrated infrastructure developer in Malaysia with global investments in utilities, cement manufacturing, construction, property development and investment, hotel management and development, as well as information technology serving over 12 million customers on three continents.
Both YTL Power International and YTL Corporation are listed on Bursa Malaysia (the Kuala Lumpur Stock Exchange). Both companies are component stocks of the FTSE Bursa Malaysia composite index which comprises 30 of the largest companies based on market capitalisation.
Activities in Malaysia
Independent Power Producer
Paka & Pasir Gudang Power Stations
Independent Power Producer
Paka & Pasir Gudang Power Stations
Latest Product
YES (EPP)
It stands for Education Partner Program™(EPP). Through this program, we will provide converged 4G internet services (including broadband, voice and mobility) to students in public universities. This low-latency, high bandwidth 4G network will enable students to access the Internet from anywhere within the campus.
We believe that supporting students with high-speed wireless access will enable them to take advantage of the Internet as a source of knowledge and information. Hopefully, this exposure will shape and enhance their worldview for the better.
That's all dear. Don't worry to much. you are applying for their scholarship, not for their jobs, right? I believe u will be fine. Gud Luck my Dear. I know u can do it. Do your best, and hope we can meet this Friday! cant wait for that day! ive been missing u alot. Have a nice trip here sayang. I will always pray for u. till we meet then. Love u so much.
![]() |
Flower for u dear! |
p/s: please finish up faster doing your cv. im waiting for you love..
Subscribe to:
Posts (Atom)