Sunday, December 16, 2012

dreaming.

melihat orang bernikah memang membuatkan
hati berasa mahu juga bernikah
tapi sedar diri masih muda
banyak yang harus didahulukan
bukan tak penting
cuma banyak lagi perkara yang penting

terutama seorang gadis seperti saya
sebelum menjadi isteri kepada suami tercinta nanti
saya perlu berbakti kepada kedua ibu bapa
kerana selepas bernikah nanti
syurga saya pada sang suami
mesti menangis waktu itu
kerana sedih dan gembira
sedih kerana saya bukan lagi tanggungan ayah dan mak
gembira kerana bakal ada putera yang menemani suka duka saya

sekarang baru 22 tahun
memang sekarang ramai yang kahwin muda
mungkin saya bukan dikalangan mereka itu
insyaAllah, saya yakin Allah dah caturkan yang terbaik buat saya
cepat atau lambat pasti ada hikmahnya

kalau ikut target dahulu, masih ada beberapa tahun
untuk menikmati zaman dara
dan bermanja- manja dengan keluarga

semoga semuanya dipermudahkan
wahai sang suami
bersiaplah untuk menjadi imam yang terbaik
buat saya dan anak- anak kita nanti
kerana saya sedang belajar menjadi
bidadari terbaik buat kamu.
aminnnnn..

No comments:

Post a Comment